KONSPIRASI

Konspirasi Dunia – Rahsia Vatican 1

Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan
merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah
agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal
Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh ‘tangan ghaib’ dan agama Kristian sekarang BUKANLAH
ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya tetapi kitab-kitab
suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.


Konspirasi Dunia.pdf Adobe Reader Konspirasi Dunia   Rahsia Vatican 1
” Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam
dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.
Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah
Amat segera hitungan hisabNya. ” -Ali-Imran 19
Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan beragama Islam
khususnya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya sebagai petunjuk jalan, pembuka minda
dan selebihnya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada
anda.
Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan diperkenalkan oleh
Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk
menyembah berhala, menyembah individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk
agama menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam -  mohd-arshad

No comments:

Post a Comment