Virus Lucah Menyerang Facebook ?

images Virus Lucah Menyerang Facebook ?
Kebelakangan ini, ramai antara kita kononnya “diganggu” virus dimana gambar-gambar lucah kerap kali muncul di news feed mereka dan menyangka ia adalah satu virus terbaru di laman media sosial iaitu Facebook. Tambahan pula, pos berantai dari sumber tidak dikenal pasti tersebar dan disebar dan ia merebak di mana-mana sahaja bahawa kononnya itu adalah virus terkini di Facebook.
Sebenarnya tidak. Itu bukan virus. Memang ia kelihatan seperti virus yang terdahulu tetapi sebenarnya anda salah. Facebook sekarang semakin dikemaskini dan diperbaharui. Facebook sekarang kelihatan sedikit baharu pada bahagian-bahagian tertentu dan dari segi sistemnya. Ini adalah perbezaan sebenar virus dan bukan virus :
Virus:
Anda terlihat gambar lucah yang sudah disebarkan olh virus hasil klik kawan Facebook anda terdahulu. Anda klik gambar tersebut dan gambar tersebut akan sebarkan kepada 20 kawan anda yang terdapat dalam senarai kawan facebook anda secara anda tidak sedar atas nama anda.
Bukan Virus :
Kawan Facebook anda terlihat gambar lucah tersebut dan dia mengklik LIKE atau meninggalkan komen dan gambar itu akan tersebar di news feed kawan-kawan Facebook dan juga anda sendiri. INI MEMANG SISTEM FACEBOOK SEKARANG. Bukan virus! Tidak percaya? Pergi buka bahagian komen dan cari sendiri jika mereka ada komen disitu dan komen itu selalunya dalam Bahasa Melayu jika teman Facebook anda itu Melayu atau orang Malaysia. Virus Facebook hanya dalam Bahasa Inggeris. Jika anda kenal kawan Facebook anda itu, cuba tanya sama ada beliau ada komen atau tidak. DONE! – http://awanfantasia.com/

No comments:

Post a Comment